Monday, November 2, 2009

KEM BAKAT BOLA TAMPAR BAWAH 16-TAHUN DAERAH MARAN 2009

Gambar 1: Antara peserta yang telah mengikuti program tersebut pada Fasa 1.

Pada 23 hingga 25 Oktober 2009 [Fasa1] dan 31 Oktober hingga 2 November 2009 [Fasa 2], aku telah mengadakan satu program seperti di atas, program tersebut telah dijalankan dengan baik dan lancar. Mereka ini akan menyertai kejohanan Bola Tampar Bawah 16 Tahun yang akan diadakan di SKJ C Kemayan pada 7 hingga 8 Oktober 2009.

Latihan yang berjadual siap ada kelas teori, Kem ini diadakan di SMK Jengka 16, terima kasih diucapkan kepada PPD Maran, Pengetua dan pihak sekolah terutama GPK KOKO Cikgu Idris kerana telah banyak membantu bagi melancarkan program tersebut. terima kasih juga kepada pengerusi teknik Bola Tampar daerah Maran, En. Jumri bin Muhsi, Penolong jurulatih Cikgu Fauzi, Trainer, dan senior. Tak lupa juga Ibu bapa yang banyak memberi kerjasama. Untuk dewan makan asrama dan Kak Ros pun tak lupa, terima kasih banyak kerana menyediakan makanan yang lazat.

Tak lupa juga kepada Mi Roti dan En. Man Kontraktor kerana telah memberi sumbangan terhadap program tersebut. Program ini dan sebelum-belumnya memang pakai duit sendiri tapi kerana minta terhadap sukan Bola Tampar sanggup korbankan untuk kebaikan Daerah Maran, dan anak Murid yang mempunyai bakat dan boleh pergi lebih jauh dalam Bola Tampar.


Gambar 2: Antara yang terpilih bagi kem bakat Fasa 2. Dan mereka akan mewakili Daerah Maran bagi Kejohanan tersebut.

Dari depan kanan: Megat [Rises], Angah [Ulu Jempol], Fadzil [Jengka 8], Aqil [Jengka 2].
Dari Belakang kanan: Syafiq Mustafa [Jengka 20], Mad Noor Hefi [Jengka 7], KO [Rises], Syafiq Roskamal (Kapten) [Jengka 16] dan Tuan Mohd Saipul [Jengka 15].

Harapan Semoga mereka dapat berjaya dan menunjukkan prestasi yang cemerlang atas didikan, latihan, tunjuk ajar yang telah diberikan.....

No comments:

Post a Comment